Temuduga Terbuka Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - The Jawatan Kosong



Post Top Ad

Tuesday, November 14, 2017

Temuduga Terbuka Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional


Temuduga terbuka di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini dibuka. Temuduga ini akan diadakan pada tetapan berikut :



Tarikh / Hari : 20 November 2017 / Isnin

Masa : Sesi pagi : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
(pendaftaran dibuka : 9.00 pagi - 11.00 tengahari)

Sesi petang : 2.30 petang hingga 4.30 petang
(pendaftaran dibuka : 2.30 petang - 3.30 petang)

Tempat : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor
Cawangan Muar
Lot Kedai Bangunan UMNO Bakri
Pusat Perdagangan Maharani
No. 11, Lot 16862, Jalan Bakri
84000 Muar

JOHOR

Muat turun borang permohonan DISINI

Syarat lantikan adalah seperti berikut :

JAWATAN : EKSEKUTIF PEMASARAN (KONTRAK)

PENEMPATAN : PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN) JOHOR
- Akan ditempatkan dan bertugas di pejabat cawangan
Muar, Johor

GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN

INSENTIF : KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI

Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
- Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
- Peramah;
- Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
- Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
- Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri.
(keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kereta)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang
disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil
yang berkaitan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:-

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d) Salinan lesen memandu; dan
e) Lain-lain dokumen sokongan.

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan
berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan
tidak akan ditanggung oleh PTPTN.

CATATAN AM

i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh
menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.