Kekosongan Jawatan Di SPA - The Jawatan Kosong



Post Top Ad

Wednesday, November 1, 2017

Kekosongan Jawatan Di SPA


Kekosongan Jawatan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini dibuka. Permohonan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak melebihi 35tahun. 

Kekosongan jawatan ini terbuka untuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS)



Kekosongan Jawatan yang ditawarkan :
1. Pembantu Operasi N11
2. Pembantu Awam H11
3. Pemandu Kenderaan H11

Gaji : RM1,216.00 - RM2,939.00

Buat Permohonan Anda Secara Online DISINI

Maklumat tugasan :
1. Pembantu Operasi N11

- Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. 

- Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

2. Pembantu Awam H11
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

- Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

- Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.


- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

3. Pemandu Kenderaan H11
- Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. 

- Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.