Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Kubang Pasu - The Jawatan Kosong



Post Top Ad

Thursday, November 9, 2017

Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Kubang Pasu



Jawatan Kosong terkini Majlis Daerah Kubang Pasu kini dibuka . Jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan ke atas. Pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong terkini ini.

Jawatan kosong yang ditawarkan :
1. ARKITEK LANDSKAP
2. PENOLONG JURUAUDIT

Gaji : RM 2,529.00 - RM 9,643.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00 

Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. MULAI 2
November 2017

2. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-
(a) Kad Pengenalan diri
 (b) Sijil Kelahiran
 (c) Sijil-sijil persekolahan
 (d) Kelulusan Akedamik (Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengan Jawatan yang dipohon.
 (e) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)
 (f) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
 (g) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (Jika ada).

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

5. Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

6. Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua
 Majlis Daerah Kubang Pasu
 Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
 06000 Jitra

 Kedah Darul Aman. 

Tarikh tutup permohonan : 23 November 2017