Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - The Jawatan Kosong



Post Top Ad

Wednesday, November 15, 2017

Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Jawatan Kosong terkini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini dibuka . Jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan ke atas. Pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong terkini ini.



Kekosongan jawatan yang ditawarkan :
1. PEGAWAI JURUPULIH KERJA GRED 23
2. PEGAWAI JURUPULIH ANGGOTA GRED 23
3. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED 12
4. PEGAWAI KERANI GRED 12
5. SETIAUSAHA PEJABAT GRED 19
6. PEG.PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19
7. PEGAWAI TADBIR GRED 23
8. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED 23
9. PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 19
10. PEMBANTU OPERASI GRED 9
11. PENYIMPAN AKAUN GRED 12
12. PENGURUS KES GRED 23 (PUSAT REHAB)
13. PEGAWAI KERJA AKAUN GRED 19
14. AKAUNTAN GRED 23
15. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
16. AKAUNTAN GRED 23
17. JURURAWAT GRED 23
18. JURUANALISA SISTEM GRED 23
19. PENGATUR PROGRAM KOMPUTER GRED 19
20. PENYIMPAN AKAUN GRED 12
21. PEGAWAI PEMBANTU KHIDMAT PELANGGAN GRED 12

Maklumat penuh penjawatan sila lihat DISINI

Kekosongan : SELURUH MALAYSIA

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di http://hr.perkeso.gov.my

Info Pertubuhan Keselamatan Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar dan memastikan caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Pada Julai 1985, status PERKESO sebagai Jabatan Kerajaan telah diubah kepada sebuah Badan Berkanun. Manakala pada 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri, iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO (SSBP).