Jawatan Kosong Pembantu Tadbir / Kerani - The Jawatan Kosong



Post Top Ad

Sunday, November 5, 2017

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir / Kerani



Jawatan Kosong terkini Pembantu Tadbir / Kerani KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD kini dibuka. Jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan ke atas. Pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong terkini ini.

Jawatan kosong yang ditawarkan :
1. Pembantu Tadbir / Kerani

Kelayakan
Calon luar
-  Calon hendaklah berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
-  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
-  Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam
Matematik serta Bahasa Inggeris
-  Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
-  Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

-  Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi 

Calon dalaman
- Telah disahkan dalam jawatan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
- Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam
Matematik serta Bahasa Inggeris ; ATAU
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam gred 11; ATAU
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam gred 12
- Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi
- Diperakui oleh Ketua Jabatan

Spesifikasi Tugas
- Menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti urusan kakitangan stesen, pejabat, yad dan
depot
- Membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan menurut prosidur
pejabat seperti manaip/memproses data, pengendalian mesin/peralatan pejabat (komputer,
mesin photostat, faks dan telefon), pemfailan dokumen dan khidmat pelanggan
- Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarah oleh pegawai penjaga dari masa ke
semasa.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir
peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar terkini berukuran
pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. 

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 15 November 2017 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Jabatan Modal Insan
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur


Tel: 03-22631312, 03-22631433

Maklumat penuh iklan jawatan kosong DISINI