Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Johor - The Jawatan Kosong



Post Top Ad

Friday, November 3, 2017

Jawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Johor



Jawatan Kosong terkini di Kerajaan Negeri Johor kini dibuka. Jawatan kosong ini telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan ke atas. Pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan kosong terkini ini.

Jawatan yang ditawarkan :
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 – (TETAP/KONTRAK)

Gaji : RM2,080.00 - RM9,546.00
Kenaikan Tahunan : RM 225.00

Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan

Klasifikasi Perkhidmatan : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Kumpulan Perkhidmatan  : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Gred Jawatan / Gaji       : N41

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c.
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada
Gred N41: RM2,080.00); atau

- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a.
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan

b. Had umur pelantikan:
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55
atau 56 tahun; atau

- Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58
tahun; atau

- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60tahun.


Info penuh kekosongan jawatan DISINI
Iklan Jawatan Kosong DISINI

Tarikh tutup permohonan : 22 November 2017